选择语言
网上视频
Pain Management
NHM加盟
sakit sendiSakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis. Ia merangkumi lebih kurang 100 jenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit sendi berlaku. Majoriti daripada masalah ini berlaku disebabkan umur usia yang meningkat menyebabkan fungsi struktur dikawasan sendi tersebut merosot. Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan ia juga membenarkan pergerakan. Sebagai contoh dikawasan bahu, siku, lutut dan juga pergelangan tangan. Ketika mana umur meningkat, struktur dikawasan tersebut tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain. Perkara inilah yang menyebabkan kecederaan tisu dikawasan tersebut dan keradangan pun berlaku. Punca Sakit SendiTerdapat pelbagai jenis sakit sendi (arthritis). Tetapi faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah ini adalah:
Simptom dan tanda sakit sendiArthritis selalunya berlaku di kawasan sendi. Ia juga boleh menyebabkan simptom lain seperti:
Jenis-jenis sakit sendiKebanyakan masalah adalah disebabkan osteoarthritis dan juga rheumatoid arthritis. 1. Osteoarthritis Terdapat kusyen di hujung tulang yang dinamakan sebagai tisu rawan (cartilage). Dalam pesakit osteoarthritis kusyen yang berfungsi sebagai pelapik untuk melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan menipis. Ia berlaku sehingga mana tulang boleh bergesel diantara satu sama lain. Perkara ini akan menyebabkan tisu dikawasan tersebut cedera dan menyebabkan kesakitan. Sakit sendi jenis ini selalunya berlaku ketika kita meningkat usia. Tetapi ia juga boleh disebabkan kecederaan ligament yang menyebabkan sendi tersebut tidak stabil. Jika anda berumur dan sakit sendi, selalunya anda mengalami sakit sendi jenis ini Adalah penyakit dimana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan akan menyerang tisu dikawasan sendi itu dan menyebabkan keradangan berlaku. Selalunya ia akan menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan juga lutut. Ia boleh menyebabkan bengkak, sendi susah untuk digerakkan dan sakit ketika bergerak. Pesakit juga akan mengalami
3. Gout Gout adalah salah satu penyebab sakit sendi yang sangat menyakitkan. Pengumpulan asid urik di bahagian sendi akan menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi tersebut. Selalunya gout akan menyerang kawasan ibu jari kaki yang menyebabkan sendi itu bengkak, merah dan juga berasa panas Ia juga boleh disebabkan beberapa keadaan lain seperti:
Bila perlu berjumpa dengan doktor?Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor Simptom dan tanda tersebut adalah:
Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal. Sila hubungi kami untuk rawatan dan pertanyaan Pusat Rawatan Tradisi Wong 14 Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Cyber 31350 Ipoh Perak Tel : 0124520077 |
中心简介
诊断时间
我们有为外国或外地病人提供服务包括: 1.舒适的住宿:我们有为外国或外地病人提供舒适的住宿, 有单人房,二人房和四人房。每间都是有空调设备,环境 舒适宁静。内有冷热水设备。 2.营养膳食:我们每天有为外国或外地病人提供营养膳食。 每日四餐。 3.护理照顾:我们也提供护理照顾服务,我们专业护士每 天有为病人清洗伤口和身体。定时为病人体检以及吃药。 4.交通:我们有提供妥善的交通安排,让病人和家属能安 心养病。 5.机场接送:我们也有提供机场接送服务,让病人和家属 能安心抵达中心。 |