Bahasa
Rawatan
Online Video
Pain Management
NHM加盟
Rawatan selsema terbaik di IpohSelsemaSelesema adalah penyakit yang paling lazim berjangkit di dunia dan umumnya Malaysia. Selesema berhubung rapat dengan musim, musim hujan akan menghasilkan gejala selesema.
Tiga gejala selesema yang paling biasa adalah
Kanak-kanak matang dan dewasa umumnya mempunyai demam minimum atau tidak mempunyai demam langsung. Bayi dan kanak-kanak sering menghadapi demam dalam julat antara 100-102F.
Selesema mungkin memberikan tanda-tanda seperti:
Gejala selesema hanya mula dikesan pada 1 hingga 5 hari. Biasanya tanda pertama adalah gangguan di dalam hidung atau perasaan gatal di tekak, diikuti oleh bersin dan hidung berair dalam tempoh beberapa jam. Dalam masa 1 hingga 3 hari, rembesan hidung biasanya menjadi tebal dan mungkin berwarna putih atau kuning. Hal ini adalah biasa ketika mengalami selesema .Dalam tempoh ini, kanak-kanak boleh mengadu telinga sebu atau sakit. Selesema biasanya akan mula baik dalam kira-kira 7 hari, mungkin batuk yang berlarutan untuk satu minggu lagi. Jika selesema melebehi 14 hari, berkemungkinan anda mengalami jangkitan sinus atau alahan.
Untuk pengetahuan ibu bapa purata 3-8 kanak-kanak akan mengalami selesema setahun dan kebanyakannya berlaku semasa musim hujan dan sejuk.
Apabila anda dihidapi selesema, rembesan hidung dipenuhi dengan virus berjangkit. Bersin, menghembus hidung, dan menyapu hidung adalah sebab yang paling biasa bagi memudahkan virus itu merebak. Tetapi, anda juga boleh terjangkit selesema dengan menyentuh hidung, mata, atau mulut anak anda yang selsema.
Kebiasaannya, ibu bapa mendapat gejala selesema daripada selesema yang dihadapi oleh anak-anak mereka, kerana ia mudah merebak.
Jika anda berjumpa saya, saya akan berikan ubat-ubatan seperti piriton, actifed atau cetrizindan mungkin krim sapuan selesema drsneez.
|
Pengenalan Pusat
Waktu Rawatan
PASIEN ANTARABANGSA PENGINAPAN: Kami menyediakan penginapan yang selesa dan bersih di center kami. MAKANAN: Kami ada menyediakan makanan yang berkhasiat. KHIDMAT PENJAGAAN : Kami menyediakan juga khidmat pejagaan jururawat. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN : Kemudahan pengangkutan disediakan. Pengambilan ke dan dari lapangan terbang ke center kami. |