Main Page
Languages
Online Video
Pain Management
NHM加盟
There are no translations available. sakit sendiSakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis. Ia merangkumi lebih kurang 100 jenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit sendi berlaku. Majoriti daripada masalah ini berlaku disebabkan umur usia yang meningkat menyebabkan fungsi struktur dikawasan sendi tersebut merosot. Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan ia juga membenarkan pergerakan. Sebagai contoh dikawasan bahu, siku, lutut dan juga pergelangan tangan. Ketika mana umur meningkat, struktur dikawasan tersebut tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain. Perkara inilah yang menyebabkan kecederaan tisu dikawasan tersebut dan keradangan pun berlaku. Punca Sakit SendiTerdapat pelbagai jenis sakit sendi (arthritis). Tetapi faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah ini adalah:
Simptom dan tanda sakit sendiArthritis selalunya berlaku di kawasan sendi. Ia juga boleh menyebabkan simptom lain seperti:
Jenis-jenis sakit sendiKebanyakan masalah adalah disebabkan osteoarthritis dan juga rheumatoid arthritis. 1. Osteoarthritis Terdapat kusyen di hujung tulang yang dinamakan sebagai tisu rawan (cartilage). Dalam pesakit osteoarthritis kusyen yang berfungsi sebagai pelapik untuk melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan menipis. Ia berlaku sehingga mana tulang boleh bergesel diantara satu sama lain. Perkara ini akan menyebabkan tisu dikawasan tersebut cedera dan menyebabkan kesakitan. Sakit sendi jenis ini selalunya berlaku ketika kita meningkat usia. Tetapi ia juga boleh disebabkan kecederaan ligament yang menyebabkan sendi tersebut tidak stabil. Jika anda berumur dan sakit sendi, selalunya anda mengalami sakit sendi jenis ini Adalah penyakit dimana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan akan menyerang tisu dikawasan sendi itu dan menyebabkan keradangan berlaku. Selalunya ia akan menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan juga lutut. Ia boleh menyebabkan bengkak, sendi susah untuk digerakkan dan sakit ketika bergerak. Pesakit juga akan mengalami
3. Gout Gout adalah salah satu penyebab sakit sendi yang sangat menyakitkan. Pengumpulan asid urik di bahagian sendi akan menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi tersebut. Selalunya gout akan menyerang kawasan ibu jari kaki yang menyebabkan sendi itu bengkak, merah dan juga berasa panas Ia juga boleh disebabkan beberapa keadaan lain seperti:
Bila perlu berjumpa dengan doktor?Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor Simptom dan tanda tersebut adalah:
Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal. Sila hubungi kami untuk rawatan dan pertanyaan Pusat Rawatan Tradisi Wong 14 Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Cyber 31350 Ipoh Perak Tel : 0124520077 |
Our Centre
Consultation Hours
INTERNATIONAL PATIENT ACCOMMODATION: We provide comfortable and serene environment for our patients. All rooms are fully air-conditioned. MEALS : Meals provided are healthy diet and prepared according to the patient's needs. NURSING CARE : Nursing Care facilities provided. TRANSPORTATION: We provide transportation if needed. TRANSPORT PROVIDED : Transportation provided to and from the airport to the centre. |