Rawatan telinga berdesing tinnitus terbaik di Ipoh
TELINGA BERDESING
PENGENALAN
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga.
DUA JENIS TELINGA BERDESING:
1.
Pulsatile tinnitus atau tinnitus berdenyut (seperti detak jantung)
sering disebabkan oleh suara yang diciptakan oleh gerakan otot di dekat
telinga, perubahan dalam saluran telinga, atau aliran (vaskular) darah
di wajah atau leher.
2. Nonpulsatile tinnitus disebabkan oleh
masalah pada saraf yang terlibat dengan gangguan tersebut. Anda dapat
mendengar suara di salah satu atau kedua telinga.
SEBAB-SEBAB:
Penyebab paling umum
dari tinnitus adalah gangguan pendengaran yang terjadi karena penuaan
(presbikusis), tetapi juga dapat disebabkan oleh suara keras (trauma
akustik). Penyebab lain dari tinnitus meliputi:
- Pengumpulan kotoran dalam telinga
- Ubat-Ubatan, terutama antibiotik atau jumlah besar aspirin
- Minum alkohol atau berkafein secara berlebihan
- Infeksi telinga atau gendang telinga pecah
- Penyakit gigi atau masalah lain yang mempengaruhi mulut
- Cedera, seperti pukulan langsung ke telinga atau kepala
- Cedera pada telinga bagian dalam setelah operasi atau terapi radiasi di kepala atau leher
- Sebuah perubahan yang cepat pada tekanan lingkungan (barotrauma)
- Penurunan berat badan yang mendadak kerana kekurangan gizi atau diet yang berlebihan
- Aliran (vaskular) darah, seperti aterosklerosis karotid, dan tekanan darah tinggi (hipertensi).
- Masalah saraf ( gangguan neurologis), seperti multiple sclerosis atau migrain
- Penyakit lain. Ini mungkin termasuk: Neuroma akustik, Anemia, Labyrinthitis, Otosklerosis, dan Penyakit tiroid.
awatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya.
RAWATAN
Masalah telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
- Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
PENCEGAHAN
- Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
- Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
- Elakkan merokok
- Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
- Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
- Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
- Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
Centre kami mempunyai formula khas untuk permasalahan di atas ,dan memberi tindakbalas yang berkesan ia mengambil masa 1 bulan untuk pulih sepenuhnya.Sila hubungi kami untuk rawatan lanjut
14 & 16 Jalan Lapangan Siber 1
Bandar Cycber , 31350
Ipoh , Perak , Malaysia
Tel : 012-4520077 / 012-5036040